Ruang angkasa lepas
adalah ciptaan Allah yang sangat luas, lebih luas dari bumi kita, ia
lebih besar berjuta-juta kali ganda dari pemikiran kita. Sebenarnya
banyak misteri yang belum terungkai dan terus menerus manjadi
misteri.Pada entry kali ini kita akan cuba sedikit sebanyak mengupas
misteri alam iaitu kejadian Lohong Hitam atau lebih dikenali Black Hole
., Wallahuallam.
Lohong hitam??
Lohong
hitam atau lubang gelap adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang
sungguh kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran dengan lohong hitam
melebihi kelajuan cahaya. Ini membayangkan bahawa tiada sesuatu
bendapun, termasuk cahaya, mampu melepasi gravitinya, dengan itu istilah
"hitam/gelap". Istilah "lubang gelap" digunakan secara meluas, walaupun
teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa.
Lohong
hitam dijangka oleh teori kerelatifan am. Menurut teori ini, tiada
jisim atau maklumat boleh mengalir dari dalam lohong hitam kepada
pemerhati yang berada di luar (contohnya, seseorang tidak dapat membawa
keluar jisimnya, atau menerima pantulan balik dengan menyinari sumber
cahaya seperti lampu suluh, atau mengambil sebarang maklumat mengenai
bahan yang masuk ke dalam lubang gelap), walaupunmekanik kuantum mungkin
membenarkan pengecualian dari hukum yang tegas ini. Kewujudan lohong
hitam dalam alam ini disokong secara teori dan pemerhatian astronomi,
walau bagaimanapun, sebahagian kecil pakar fizik tidak bersetuju.
Lohong hitam yang sangat misteri.
Ia cukup besar
untuk ‘menelan’ seluruh sistem solar Bima Sakti dan 6.8 bilion kali
ganda lebih berat daripada matahari. Lohong hitam yang terletak di
galaksi M87 itu adalah yang terbesar pernah ditemui dan mempunyai
diameter empat kali lebih besar berbanding orbit planet Neptune.
Saintis menggunakan
teleskop khas di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat bagi memerhatikan
fenomena menakjubkan itu dan mendapati lohong hitam tersebut adalah dua
kali lebih berat daripada sangkaan awal.
Sejarah
Konsep
sesuatu benda yang amat besar sehinggakan cahaya sekalipun tidak mampu
bebas darinya telah dikemukakan oleh pakar geologi Inggeris John Michell
dalam kertas kerja 1783 yang dihantar kepada Royal Society. Pada masa
itu, teori graviti Newtonian dan konsep halaju lepasan diketahui dengan
jelas. Michell membuat pengiraan bahawa benda sebesar 500 kali jejari
matahari dan kepadatan yang sama pada permukaannya laju bebas menyamai
kelajuan cahaya, dan dengan itu adalah ghaib. Dalam katanya:
If
the semi-diameter of a sphere of the same density as the Sun in the
proportion of five hundred to one, and by supposing light to be
attracted by the same force in proportion to its mass with other bodies,
all light emitted from such a body would be made to return towards it,
by its own proper gravity.
Walaupun
dia tidak fikir begitu, Michell mempertimbangkan kemungkinannya
terdapat banyak objek sebegitu mampu wujud dalam kosmos tanpa kita
berupaya melihatnya.
Pada
1796, ahli matematik Perancis, Pierre-Simon Laplace mempromosikan idea
yang sama dalam edisi pertama dan kedua bukunya Exposition du Systeme du
Monde, tetapi tidak dalam edisi seterusnya. Idea ini tidak mendapat
sambutan pada kurun ke-19, kerana cahaya pada masa itu dianggap
merupakan gelombang yang tidak mempunyai jisim, jadi tidak dipengaruhi
oleh graviti.Tapi hanya Allah saja yang tahu semuanya.
Bagaimana ia terbentuk??
Penyelidik berpendapat, lubang gergasi itu terbentuk akibat penggabungan ratusan lohong hitam kecil.
Sebagai perbandingan, lohong hitam yang terdapat di tengah-tengah
galaksi Bima Sakti, di mana bumi terletak, adalah 1,000 kali lebih
kecil.
Lohong hitam ialah
satu kawasan di angkasa yang ‘menyedut’ semua objek lain termasuk
cahaya. Para saintis telah menggelarkannya ia satu benda hidup, iaitu
makhluk raksaksa vacuum hitam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan